Skip to main content

SCHOOL OF THE ARTS   |  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOTA USM TERIMA KUNJUNGAN PROGRAM OUTREACH UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

PULAU PINANG, 20 Jun – School of the Arts (SOTA), Universiti Sains Malaysia (USM) berbesar hati menerima kunjungan Program Outreach daripada pelajar dan pensyarah Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Program yang diketuai oleh Dr. Mohd Asyiek Md Desa, Koordinator Business Unit & Master of Design, SOTA USM, bertujuan memperkukuhkan hubungan akademik antara institusi pengajian tinggi serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang seni dan reka bentuk.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada suasana pembelajaran, kemudahan serta ekosistem kreatif yang ditawarkan di SOTA USM. Selain itu, sesi interaktif yang diadakan turut memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta meneroka pelbagai cabang seni, reka bentuk dan kreativiti.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperluas jaringan akademik, malah turut menggalakkan kolaborasi antara warga akademik dan pelajar dari kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan bidang seni dan reka bentuk di Malaysia.

SOTA USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar atas kunjungan yang bermakna ini dan berharap hubungan yang terjalin akan terus diperkukuh melalui pelbagai bentuk kerjasama pada masa hadapan.