1. MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Program pekerjaan sambilan berbayar dan berstruktur yang ditawarkan kepada pelajar aktif USM bagi membantu kebajikan kewangan, pembangunan kemahiran dan peningkatan kebolehpasaran graduan tanpa menjejaskan prestasi akademik pelajar.
2. Pelatih Pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian secara aktif di USM pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan universiti dan program.
3. Universiti Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
4. Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Pengajian, institut, jabatan atau unit di USM yang bertanggungjawab merancang, menawarkan, menyelia dan memantau pelaksanaan penempatan pekerjaan MySISWA@JoC.
5. Penempatan Pekerjaan Tugasan atau peranan kerja yang ditawarkan kepada pelajar MySISWA@JoC merangkumi skop tugas, tempoh lantikan, kadar bayaran dan jadual kerja yang ditetapkan melalui surat lantikan rasmi.
6. Tempoh Penempatan Jangka masa pelaksanaan penempatan MySISWA@JoC yang diluluskan berdasarkan tempoh yang dinyatakan dalam surat lantikan dan tertakluk kepada had jam bekerja yang ditetapkan universiti.
7. Prestasi Akademik Tahap pencapaian akademik pelajar yang diukur berdasarkan Purata Nilai Gred (PNG), kehadiran kuliah dan pematuhan kepada keperluan akademik universiti sepanjang tempoh penglibatan dalam MySISWA@JoC.
8. PPP, BHEPA Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM yang bertanggungjawab sebagai penyelaras utama Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) di peringkat universiti.
9. Admin PTJ Staf USM yang dilantik oleh PTJ bagi mengurus pengiklanan jawatan, pengemaskinian maklumat pekerjaan dan penyelarasan pelaksanaan MySISWA@JoC di peringkat PTJ.