Skip to main content

SCHOOL OF THE ARTS   |  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOTA USM & JKKN Kelantan Jayakan Persembahan Mak Yong di Living Arts Culture Festival 2025

Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kumpulan Nadi Tradisi USM telah menyertai Living Arts Culture Festival 2025 yang berlangsung di Georgetown, Pulau Pinang dari 3 hingga 5 Oktober 2025.

Festival berprestij ini turut menyaksikan kolaborasi istimewa antara Kumpulan Nadi Tradisi USM dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan dalam mempersembahkan Seni Mak Yong, salah satu warisan budaya tidak ketara yang diiktiraf oleh UNESCO.

Gabungan dua kumpulan seni ini telah berjaya menghasilkan persembahan yang memukau, memperlihatkan keindahan gerak tari, kehalusan muzik tradisional, serta kekuatan penceritaan Mak Yong yang sarat dengan nilai budaya dan falsafah Melayu.

Persembahan ini bukan sahaja memperkukuh usaha pemeliharaan seni warisan tradisional, malah turut memperlihatkan komitmen USM dalam memperkasakan seni persembahan tempatan di pentas kebudayaan nasional dan antarabangsa.