Skip to main content

SCHOOL OF THE ARTS   |  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pelajar Lakonan dan Pengarahan SOTA USM Cemerlang di Pentas Kebangsaan

Pusat Pengajian Seni (SOTA), Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Reen Amalia Binti Mohd Azlan, pelajar Bahagian Lakonan dan Pengarahan, atas kejayaan cemerlang meraih gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Teater Monolog sempena Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 23 Mei 2026.

Pencapaian ini mencerminkan bakat, komitmen dan dedikasi tinggi beliau dalam bidang seni persembahan, sekali gus mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia di peringkat kebangsaan.

Seluruh warga SOTA USM berbangga dengan kejayaan ini dan berharap agar kecemerlangan yang dicapai akan terus menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk mengembangkan potensi serta menyumbang kepada kecemerlangan seni dan budaya negara.

Tahniah dan syabas diucapkan.

"We Don't Follow Trends, We Create Them."