Majlis Siswa Lestari Pusat Pengajian Seni USM Sidang Akademik 2025/2026
Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia telah berjaya melaksanakan Majlis Siswa Lestari bagi Sidang Akademik 2025/2026 yang berlangsung pada 3 Oktober 2025 bertempat di Pese’ban Agung.
Majlis ini telah diisi dengan sesi pendaftaran pelajar baharu, bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Menara Ilmu, ucapan aluan oleh Dekan PPS, taklimat akademik serta perkongsian daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Majlis turut diteruskan dengan sesi bersama penasihat akademik mengikut program masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah, staf dan pelajar yang telah menjayakan majlis ini. 





