MAJLIS PERASMIAN PAMERAN “UKIYO-E: THE ART OF JAPANESE PRINT”

Majlis Perasmian Pameran “Ukiyo-E: The Art of Japanese Print” telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Oktober 2025, jam 3.00 petang di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM).
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Machida Shinya, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang. Turut hadir ialah Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM; Dr. Tetriana Ahmed Fauzi, Pengarah MGTF USM; serta Prof. Madya Dr. Safrizal bin Shahir, Pengarah Projek Pameran “Ukiyo-E: The Art of Japanese Print.”
Turut memeriahkan majlis ialah para tetamu kehormat, pensyarah Bahagian Seni Halus, serta warga seni School of the Arts (SOTA), USM.
Pameran ini merupakan hasil kerjasama antara SOTA USM, MGTF, dan The Japan Foundation, Kuala Lumpur, dalam usaha memperkukuh hubungan budaya dan seni antara Malaysia dan Jepun.
Sebanyak 40 karya cetakan semula Ukiyo-e hasil dua maestro Jepun terkenal, Hiroshige dan Hokusai, dipamerkan. Karya-karya ini menonjolkan kekuatan visual, komposisi yang berani serta keindahan budaya Jepun melalui teknik cetakan kayu tradisional yang begitu halus dan bernilai seni tinggi.
📅 Tarikh Pameran: 3 – 25 Oktober 2025
📍 Lokasi: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM
🎟️ Kemasukan Percuma
Pameran ini terbuka kepada semua pencinta seni dan budaya yang ingin mengenali keindahan seni cetakan Jepun yang penuh warisan dan estetika.



