Inovasi Lestari Bermula di Studio Rekabentuk



Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Pembangunan dan Rekabentuk Produk Wood Plastic Composite (WPC) Berkonsepkan Modular Flatpack Bagi Aplikasi Produk Lestari, yang berlangsung sepanjang satu semester, dari 28 Oktober 2025 hingga 26 Januari 2026.
Program ini merupakan kolaborasi akademik–industri, melibatkan Bahagian Rekabentuk Produk, PPSeni USM, dengan kerjasama dan tajaan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Pembelajaran dan Bimbingan Akademik
Para pelajar telah dibimbing melalui kursus berikut:
-
VPT211 Bahan dan Proses – Ts. Dr. Siti Suhaily Surip
-
VPT306 Rekabentuk Perabot 2 – Ts. Muhammad Hafeezur Rahmaan Mohd Yassin
Sepanjang program, pelajar berpeluang mendapatkan pendedahan langsung terhadap bahan biokomposit WPC, proses pembangunan produk, serta penilaian profesional oleh panel industri MTIB-FIDEC. Pengalaman ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman teknikal, malah membentuk pelajar yang lebih bersedia, berdaya saing dan peka terhadap kelestarian.
Keputusan Pertandingan Rekabentuk Produk WPC
| Kedudukan | Rekabentuk Produk | Hadiah |
|---|---|---|
| 🥇 Tempat Pertama | Stack N Turn | RM700 + Sijil Penyertaan |
| 🥈 Tempat Kedua | Rafflessia Bloom Coffee Table | RM500 + Sijil Penyertaan |
| 🥉 Tempat Ketiga | Grab & Go Desk | RM400 + Sijil Penyertaan |
| 🏅 Tempat Keempat | Timbertuck | RM200 + Sijil Penyertaan |
| 🏅 Tempat Kelima | The Haruan Forge | RM200 + Sijil Penyertaan |
Hasil kerja yang dipersembahkan membuktikan kebolehan pelajar Rekabentuk Produk, PPSeni USM, menghasilkan idea yang estetik, praktikal, mampan, dan berpotensi tinggi untuk diaplikasikan dalam industri sebenar.
Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan demi pembangunan industri perkayuan negara yang lebih lestari. 🌏



