

Bengkel Pemerkasaan Motif dan Reka Corak Batik Mutiara Siri 1
Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, telah menganjurkan bengkel yang penuh inspirasi ini, dipimpin oleh Lizza Creations & En. Junaidi Awang di Pese'ban Agung dan Bengkel Arca Batik Mutiara.
Batik Mutiara, yang diambil dari simbolik negeri Pulau Pinang, mengangkat nilai estetika yang unik dan indah, seiring dengan kemewahan batu mutiara yang berkilau. 🦪💎 Pulau Mutiara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi kini menjadi sumber ilham dalam penciptaan motif dan reka corak batik yang baharu.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan reka corak yang menggabungkan unsur alam, seni bina, serta budaya tempatan, sambil memperkukuh penghasilan batik yang beridentiti dan autentik.
Dengan pendekatan interaktif, peserta juga diberi peluang untuk mempelajari teknik baru daripada pakar-pakar batik yang turut hadir, membuka peluang untuk mempertingkatkan nilai ekonomi dan menaikkan Batik Mutiara ke peringkat yang lebih tinggi, baik di dalam negara mahupun antarabangsa.

