MySiswa @ JoC Poster

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN PERMOHONAN : 7 OGOS 2026

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN PERMOHONAN : 7 OGOS 2026
JOB ON CAMPUS (MySISWA@JoC)
PROGRAM MYSISWA JOB ON CAMPUS (MySISWA@JoC) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) bertujuan menyediakan peluang pekerjaan sambilan yang fleksibel dan berstruktur kepada pelajar bagi membantu kos sara hidup tanpa menjejaskan prestasi akademik. Program ini turut memberi pendedahan kepada budaya kerja profesional, memperkasa kemahiran insaniah dan pengalaman kerja sebenar, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, pelaksanaan program diselaraskan secara sistematik, telus dan berakauntabiliti di semua PTJ USM.
Semua pelajar aktif USM di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang memenuhi syarat kelayakan program.
Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Sains Malaysia (USM) ini disediakan bagi menetapkan tatacara pengurusan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalseliaan penempatan pekerjaan sambilan pelajar secara sistematik, telus dan berakauntabiliti selaras dengan Garis Panduan MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
SOP ini bertujuan memastikan pelaksanaan Program MySISWA@JoC di USM:
- Menyokong kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
- Memberi peluang pekerjaan sambilan yang selamat dan terkawal.
- Memperkukuh pembangunan kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan.
- Memastikan pelaksanaan program dilaksanakan secara sistematik, telus dan berakauntabiliti selaras dengan dasar, peraturan kewangan serta prinsip tadbir urus universiti.
Cadangan ini selaras dengan hasrat program MySISWA@JoC sebagai platform pembangunan pelajar dan sokongan kewangan tanpa menjejaskan prestasi akademik pelajar
Objektif Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Sains Malaysia adalah untuk:
2.1 Menyediakan peluang pekerjaan sambilan yang berstruktur, fleksibel dan terkawal kepada pelajar USM bagi membantu meringankan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
2.2 Memastikan penglibatan pelajar dalam pekerjaan sambilan tidak menjejaskan prestasi akademik, kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
2.3 Memberi pendedahan awal kepada budaya kerja profesional, etika kerja dan persekitaran organisasi universiti.
2.4 Memperkasa pembangunan kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran boleh pindah (transferable skills) dan pengalaman kerja sebenar dalam kalangan pelajar.
2.5 Meningkatkan kebolehpasaran graduan USM melalui pengalaman pembelajaran berasaskan pekerjaan (work-based learning).
2.6 Menyeragamkan kaedah pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan Program MySISWA@JoC di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) USM secara telus dan berakauntabiliti. Objektif ini dirujuk dan disesuaikan daripada objektif rasmi Garis Panduan MySISWA@JoC KPT.
SOP ini terpakai kepada semua pelaksanaan Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) di Universiti Sains Malaysia yang melibatkan:
3.1 Semua pelajar aktif USM di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang memenuhi syarat kelayakan program.
3.2 Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), jabatan, pusat, institut dan unit di USM yang menawarkan penempatan pekerjaan MySISWA@JoC.
3.6 Pematuhan terhadap peraturan universiti, tadbir urus kewangan dan garis panduan KPT/ MyGRAD yang berkuatkuasa.
Pelaksanaan skop kerja MySISWA@JoC yang melibatkan 5 kategori pekerjaan utama:
| Pentadbiran dan operasi | Perkhidmatan | Teknikal | Project based/Profesional; | Keusahawanan |
|
|
|
|
|
![]() |
1. MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Program pekerjaan sambilan berbayar dan berstruktur yang ditawarkan kepada pelajar aktif USM bagi membantu kebajikan kewangan, pembangunan kemahiran dan peningkatan kebolehpasaran graduan tanpa menjejaskan prestasi akademik pelajar.
2. Pelatih Pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian secara aktif di USM pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan universiti dan program.
3. Universiti Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
4. Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Pengajian, institut, jabatan atau unit di USM yang bertanggungjawab merancang, menawarkan, menyelia dan memantau pelaksanaan penempatan pekerjaan MySISWA@JoC.
5. Penempatan Pekerjaan Tugasan atau peranan kerja yang ditawarkan kepada pelajar MySISWA@JoC merangkumi skop tugas, tempoh lantikan, kadar bayaran dan jadual kerja yang ditetapkan melalui surat lantikan rasmi.
6. Tempoh Penempatan Jangka masa pelaksanaan penempatan MySISWA@JoC yang diluluskan berdasarkan tempoh yang dinyatakan dalam surat lantikan dan tertakluk kepada had jam bekerja yang ditetapkan universiti.
7. Prestasi Akademik Tahap pencapaian akademik pelajar yang diukur berdasarkan Purata Nilai Gred (PNG), kehadiran kuliah dan pematuhan kepada keperluan akademik universiti sepanjang tempoh penglibatan dalam MySISWA@JoC.
8. PPP, BHEPA Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM yang bertanggungjawab sebagai penyelaras utama Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) di peringkat universiti.
9. Admin PTJ Staf USM yang dilantik oleh PTJ bagi mengurus pengiklanan jawatan, pengemaskinian maklumat pekerjaan dan penyelarasan pelaksanaan MySISWA@JoC di peringkat PTJ.
Permohonan bagi Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) hendaklah dibuat melalui kaedah yang ditetapkan oleh universiti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara dalam talian.
Pelajar yang ingin memohon Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) hendaklah memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh universiti, termasuk berstatus pelajar aktif, memenuhi pencapaian akademik minimum serta tidak mempunyai sebarang rekod kes tatatertib. Keutamaan boleh diberikan kepada pelajar daripada kumpulan berkeperluan, tertakluk kepada dasar dan ketetapan universiti yang berkuat kuasa.
1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia sahaja, berstatus aktif sepenuh masa di Universiti Sains Malaysia (USM) pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), serta telah menyempurnakan sekurang-kurangnya satu semester pengajian sebelum dilantik menyertai Program MySISWA@JoC
2. Bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar hendaklah memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) sekurang-kurangnya 2.50 pada semester semasa. Keutamaan pelantikan boleh diberikan kepada pelajar daripada Kumpulan B40, M40 dan Orang Kurang Upaya (OKU), tertakluk kepada dasar dan ketetapan universiti yang berkuat kuasa.
3. Pelajar yang mempunyai rekod kes tatatertib tidak layak dipertimbangkan bagi Program MySISWA@JoC. Selain itu, pelajar yang sedang dilantik sebagai Pembantu Penyelidik (RA), Graduate Research Assistant (GRA) atau kakitangan universiti tidak dibenarkan memohon bagi program ini.
4. Bagi memastikan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberikan adalah berfokus dan tidak menjejaskan prestasi akademik, pelajar tidak dibenarkan memegang lebih daripada satu (1) penempatan pekerjaan di bawah Program MySISWA@JoC atau mana-mana skim pekerjaan lain dalam tempoh yang sama.
Aliran proses lantikan pelatih bagi Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) dirangka untuk memastikan pelaksanaan penempatan pekerjaan sambilan pelajar dilaksanakan secara sistematik, telus dan berakauntabiliti.
Aliran proses ini boleh diguna pakai sebagai panduan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berminat untuk mencari dan melantik pelatih MySISWA@JoC, selaras dengan tatacara pelantikan yang telah ditetapkan.

SKOP KERJA Pentadbiran dan Operasi DEFINISI Aktiviti sokongan pentadbiran dan operasi harian melibatkan pengurusan pejabat, dokumentasi umum, pengurusan data bukan sensitif dan penyelarasan program tanpa melibatkan maklumat sulit atau urusan kewangan. Perkhidmatan Tugasan penyampaian perkhidmatan kepada warga universiti atau pihak berkepentingan termasuk sokongan acara, fasilitasi program dan bantuan logistik. Teknikal Kerja teknikal yang melibatkan sokongan ICT, multimedia dan sistem maklumat umum. Project based / Profesional Tugasan berasaskan projek dengan skop, tempoh dan output yang jelas, memerlukan kemahiran profesional atau analitikal. Keusahawanan Aktiviti sokongan keusahawanan merangkumi promosi, pengurusan acara.
Skop Kerja : Kerja selamat dan tidak melibatkan 3D (Dangerous, Difficult, Dirty)
(Pekerjaan mesti sesuai dan berkaitan dengan bidang pengajian)

Syarat Kelayakan utama:
Akan dimaklumkan kelak.
Sijil penghargaan akan diberikan selepas tamat latihan.
1 bulan hingga 6 bulan
Sebarang pertanyaan lanjut , sila berhubung dengan pegawai kami
Untuk Pertanyaan :
Dr. Mohammad Khizal Bin Mohamed Saat
Email :
Pn. Norazrina Md Jabarullah
Email :
atau boleh hubungi kami di talian :
+604-653 3621
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan Peluncuran Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 9 Jun yang lalu.
Program MySISWA@JoC merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan menyediakan peluang pekerjaan sambilan secara fleksibel kepada mahasiswa Universiti Awam (UA) dalam kampus bagi membantu meringankan kos sara hidup, memperkukuh kemahiran insaniah serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Peluncuran ini menandakan perluasan pelaksanaan MySISWA@JoC di 20 Universiti Awam di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 10 ribu mahasiswa melalui pelbagai penempatan pekerjaan di kampus yang diselaraskan dengan jadual akademik mereka.
Melalui pendekatan ‘earn while you learn’, MySISWA@JoC bukan sahaja membantu mahasiswa menjana pendapatan tambahan, malah berperanan membentuk graduan yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan peluncuran MySISWA@JoC. Semoga inisiatif ini terus memperkasa kesejahteraan mahasiswa dan menyokong agenda pendidikan tinggi negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim bersama barisan pengurusan tertinggi KPT; Naib-naib Canselor Universiti Awam serta rakan strategik program.
AWARDS AND RECOGNITION
Product Design Division, School of The Arts, Universiti Sains Malaysia (USM), successfully completed the Wood Plastic Composite (WPC) Product Development and Design Programme for Modular Flatpack Sustainable Applications, held from 28 October 2025 to 26 January 2026. The academic–industry collaboration was conducted in partnership with and sponsored by the Malaysian Timber Industry Board (MTIB) through the Fibre and Biocomposite Development Centre (FIDEC), under the Ministry of Plantation and Commodities. Throughout the semester, students gained valuable hands-on experience in WPC materials, sustainable product development, and industry-based design evaluation. The programme culminated in a product design competition, showcasing innovative, functional, and environmentally conscious solutions with strong potential for real-world industry applications.
School of The Arts (SOTA), Universiti Sains Malaysia (USM), proudly congratulates Lingom a/l Gunalan, a Year 4 Graphic Communication student, for his outstanding achievement at the HONOR Talents Global Design Awards. Competing against talented designers from across the region, Lingom was named Third Runner Up for Southeast Asia and received the prestigious HONOR Pad V9. This remarkable accomplishment reflects his creativity, dedication, and excellence in design, while further showcasing the world-class talent nurtured within the SOTA USM community.
Product Design student Prathiin Saravanamuthu received the Special Mention Award at the MIFF Furniture Design Competition (FDC) 2026, held alongside the Malaysian International Furniture Fair (MIFF) in Kuala Lumpur. Competing against 138 entries from 37 institutions nationwide, he progressed from the Top 20 finalists to the Top 10 with his project, StackaBlock—a modular bedroom furniture concept designed to inspire learning, creativity, and play among Generation Alpha children. His innovative design also garnered the highest number of public votes during the final stage of the competition, showcasing the creativity, talent, and design excellence of USM students on a prestigious international platform.
SOTA USM proudly congratulates Nur Reen Amalia Binti Mohd Azlan from the Acting and Directing division for securing the 🥈 First Runner-Up position in the Monologue Theatre Competition at the Malaysia Universities Cultural Festival (MAKUM) held on 23 May 2026. Her outstanding achievement reflects exceptional talent, dedication, and artistic passion, further elevating USM’s presence on the national cultural stage while inspiring the next generation of creative performers.
SOTA USM proudly celebrates the remarkable achievement of The Ensemble, who won Best Ensemble / Group Performance at the 21st BOH Cameronian Arts Awards for TEWAS: No Light at the End of the Tunnel, presented by JDEV Studios and led by Sid Joe Dev and Hil Ramli alongside the full cast and crew. This outstanding recognition reflects the strength of collaboration, creativity, and artistic excellence that SOTA USM continues to nurture and support within its community.
SOTA USM proudly celebrates the outstanding success of its Product Design students at the Furniture Design Competition held during the Wood Technology Festival 2026 at Rafflesia Hall PKK. Guided by the theme “Sustaining Timber, Shaping the Future,” students showcased innovative, sustainable furniture concepts that earned top recognition, including 1st Place for MODUBRICK Occasional Table by Leow Xue Qing and Chew Chuan Xiang, 2nd Place for STACKO by Tang Xin Yi, and a Top 10 Finalist spot for EcoVine Floor Lounge Chair by Teo Jo Ann. These achievements highlight the students’ creativity, craftsmanship, and commitment to future-focused design.
Recognition (Drama and Theatre)
Fariznil Asyraf Zairul Akmam, a Year 3 Acting and Directing student at SOTA USM, has been commended for his outstanding role as a representative and lead delegate of SUKASS USM at the Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam Malaysia held at UPNM. His leadership, commitment, and strong spirit of volunteerism reflect the values of a socially responsible student leader, while reinforcing SOTA USM’s mission in nurturing empathetic changemakers who contribute meaningfully to society.